1. Siapa Kami
Profess Consulting Group bersama anak syarikat dan syarikat bersekutu kami (“kami”, “milik kami”, “kepada kami”) ialah sebuah firma perunding yang berpusat di Malaysia dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016. Kami menyediakan khidmat perundingan pengurusan dan strategi, perancangan sumber manusia, khidmat perundingan latihan dan pembangunan, perundingan teknikal dan operasi, transformasi digital, pencarian eksekutif dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan dari semasa ke semasa.
2. Skop dan Masa Penyampaian Notis
Notis Privasi ini diberikan dalam keadaan berikut:
-
- Apabila anda diminta buat pertama kali untuk memberikan data peribadi anda kepada kami; atau
- Apabila data peribadi anda dikumpul secara langsung oleh kami; atau
- Sebelum kami menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan selain daripada tujuan asal yang telah dimaklumkan kepada anda.
3. Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul Oleh Pihak Kami
Data peribadi yang dikumpul bagi tujuan pelaksanaan aktiviti perniagaan kami adalah seperti berikut:
-
- Identiti: Nama, nombor kad pengenalan/pasport dan salinan kad pengenalan;
- Demografi: Jantina dan umur;
- Perhubungan: Alamat, nombor telefon dan e-mel;
- Pekerjaan: Jawatan, organisasi dan kelayakan;
- Teknikal: Maklumat peribadi dan kelayakan akademik dalam CV;
- Data peribadi sensitif: Dikumpul hanya dengan persetujuan nyata.
4. Tujuan Pengumpulan, Penggunaan, dan Pendedahan Data Peribadi
Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
-
- Untuk menyediakan dan melancarkan perkhidmatan perundingan kami;
- Untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan;
- Untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan atau kehendak profesional; atau
- Untuk penyimpanan rekod dalaman, penyelidikan, dan pengembangan – perniagaan (tidak termasuk bagi tujuan pemasaran langsung, kecuali dengan persetujuan yang nyata dan spesifik).
5. Cara Kami Mengumpul Data
-
- Secara langsung daripada anda melalui borang pertanyaan, e-mel atau mesyuarat;
- Daripada laman web kami, khususnya jika anda membuat pertanyaan berhubung perkhidmatan kami;
- Daripada sumber awam; atau
- Daripada pihak ketiga yang anda benarkan.
6. Pendedahan Data Peribadi
Data peribadi anda yang dikumpul mungkin perlu didedahkan kepada:
-
- Pekerja kami, syarikat bersekutu kami dan ejen-ejen kami yang memerlukan data tersebut untuk melaksanakan tugas mereka; atau
- Pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa undang-undang sekiranya diminta berdasarkan peruntukan undang-undang yang nyata.
7. Penyimpanan dan Perlindungan Data Peribadi
Kami menyimpan data peribadi anda hanya untuk tempoh yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, serta melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian. Sekiranya data peribadi anda tidak lagi diperlukan, kami akan memusnahkan data tersebut berdasarkan keperluan yang dinyatakan di dalam Standard Perlindungan Data Peribadi 2015.
8. Hak Anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Anda boleh:
-
- Memohon untuk mengakses data anda;
- Memohon pembetulan terhadap data yang tidak tepat;
- Menarik balik persetujuan (jika berkenaan); atau
- Memilih untuk tidak menerima maklumat tentang pemasaran.
9. Hak Anda Sebagai Subjek Data
Sebagai Subjek Data (individu yang memberikan persetujuan untuk membekalkan data peribadi bagi tujuan aktiviti perniagaan kami), hak-hak anda adalah seperti berikut:
-
- Untuk dimaklumkan sama ada data anda diproses oleh sesuatu organisasi;
- Untuk mengakses data peribadi anda yang telah anda berikan;
- Untuk membetulkan data peribadi anda yang telah anda berikan;
- Untuk menarik balik persetujuan bagi kami memproses data peribadi anda;
- Untuk menghalang pemprosesan data oleh kami yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kesusahan kepada Subjek Data; atau
- Untuk menghalang pemprosesan data oleh kami bagi tujuan pemasaran langsung.
10. Pengemaskinian Notis ini
-
- Kami akan mengemas kini Notis ini dari semasa ke semasa dan akan menyediakan versi terkini di laman web kami.
- Notis privasi ini dikemas kini pada 25 Ogos 2025.
11. Pegawai Perlindungan Data
Kami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang bertanggungjawab untuk menyelia pematuhan kami terhadap PDPA serta mengendalikan sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan penggunaan data peribadi bagi tujuan aktiviti perniagaan kami. Anda boleh menghubungi pegawai tersebut melalui maklumat berikut:
📧 E-mel: dpo@professconsulting.com
📞 Tel: +603 7956 1010
🏢 Alamat: 1010, Blok A, Jalan 16/11, Pusat Perdagangan Phileo Damansara II, 46350 Petaling Jaya, Selangor.